Penerimaan umum Nabil_Ahmad

Jenama humor dan gaya komedi Nabil dilihat oleh masyarakat sebagai menghiburkan penonton di pentas rancangan realiti yang mengumpulkan penyanyi berpengalaman dan mengalihkan perhatian penonton dengan jenaka spontan yang berada di sekeliling pentas.[29]

Kontroversi

Nabil turut berdepan dengan kritikan dan kontroversi sepanjang kerjayanya sebagai pelawak. Semasa menjayakan Muzikal Lawak Superstar pada 12 Julai 2019, Nabil dikritik banyak pihak akibat tindakannya mencampakkan tanjak yang dipakai ke atas lantai pentas. Perbuatan beliau telah mendapat teguran dari Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa. Tok Cindai menyifatkan perbuatannya yang dengan sengaja mencampak tanjak ke lantai membawa erti menjatuhkan maruah keseluruhan bangsa Melayu kerana tanjak adalah pemakaian yang paling teratas dalam adat Melayu. Nabil membuat permohonan maaf menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya dan tidak berniat untuk memperlekehkan adat pemakaian busana Melayu.[30] Beliau turut dikritik kerana menjadikan penyanyi Alyah sebagai bahan jenaka di pentas konsert Gegar Vaganza. Beliau telah memohon maaf secara terbuka di hadapan Alyah ekoran tindakannya yang sering mengusik beliau dan Ramli M. S.. Alyah dilaporkan berkata tidak pernah berkecil hati dengan sikap Nabil dan pengacara bersama, Jihan Muse.[31]

Rujukan

WikiPedia: Nabil_Ahmad http://www.agendadaily.com/Hiburan/bo-peng-filem-t... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hbo-sentr... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/nabil-ahm... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-amat... http://www.gempak.com/artikel/5091/nabil-ahmad-jad... http://www.imdb.com/name/nm3600822/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... https://www.rotikaya.com/nabil-ahmad-selesai-majli...